Wednesday, 28 December 2011

~ Mangsa Forever ~

Sekarang dah kul 4 pagi..... baru habis update slaid untuk mesyuarat. Actually pemakluman mesyuarat ni dah dibuat bermula dari minggu lepas lagi. Tapi bile part aku tanyer semua kate akan diuruskan..... dah aku dah dapat mengagak perkara ni tak akan selancar ape yang diharapkan....


Tiba-tiba hari ni semua kerja tu aku kene buat......hurm......rasenyer mcm dah sebati gitew....semua kerje last minit memang aku yang kene buat ~ Forever Mangsa!!!!!~..... esok plak kat kat office comfirm sakit kepala aku dengan kerja yang bertepek ditambah plak dengan kerenah rakan2 sekerja yang "MENYEBALKAN"  damn it gitew...... tapi kerenah yang menyebalkan tu lah yang banyak memberi pengalaman kat aku.... i lurve all my kawan2 opis lah....muaahh2


Walau macam mane pun aku cube buat yang terbaik.....dan ikhlas kan hati tanpa rasa marah, sebab pada aku perasaan marah hanya akan menyesakkan kepale je tanpa penyelesaian......so esok pagi kene update dua lagi dokumen..... pastu buat minit......print...then pi mesyuarat.....agak2 time mesyuarat tu nanti kene bamboo tak ekk.....Ya Allah permudahkan urusan aku dihari ni....amin.... k time to sleep.....

Thursday, 22 December 2011

~ Kerana Aku Wanita ~

Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
 
Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku 
 
Kerana aku wanita 
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
 
Kerana aku wanita 
Emosiku selalu mengatasi logik akalku 
 
Kerana aku wanita 
Air mata teman setiaku 
 
Kerana aku wanita 
Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
 
DAN..
 
Kerana aku wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu denganku 
Jangan bermain kata denganku
Takut kata-katamu akan merosak hatiku 
 
Kerana aku wanita 
Akhlakmu ukuran dimataku 
Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku 
takut rosak thiqohmu 
 
Kerana aku wanita 
Maka peliharalah susunan kata-katamu 
Kerana aku mudah terasa 
Namun aku bukan lemah 
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
 
Kerana aku wanita 
Peliharalah dirimu dari mencemuhku
Saat titisan jernih mengalir dari mataku 
Kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku 
Supaya hatiku kembali tenang
Kerana aku wanita 
Aku memang sangat peka 
Maka fahamilah ketelitianku ada sebabnya 
 
WAHAI ADAM,
 
Kalau dikau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', 
Hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami. 
 
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, 
Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami 
 
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, 
Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Tuesday, 20 December 2011

~ Sifat Calon Suami Terbaik...~

Sifat lelaki yang baik untu membimbing sesebuah keluarga... Sifat tersebut menjadi dambaan setiap wanita, dan selalulah berdoa dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai sifat tersebut. Bagi para lelaki/suami berusahalah untuk memiliki sifat-sifat tersebut.........

10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sumber: http://www.soleh.net/

Sunday, 18 December 2011

~ Keindahan Makna Doa Dhuha ~

Nak share makna doa solat dhuha yang sungguh indah. Semoga Solat Sunat Dhuha ni menjadi amalam dan manfaat kite bersama


“Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikanny adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu, 
Kekuasaan itu kekuasaanMu 
Dan perlindungan itu perlindunganMu."

"Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, 
Jika haram, sucikanlah 
Dan jika jauh, dekatkanlah."

"Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
 
Ameen Ya Rabb

~ Rain is falling Down ~

Daripada semalam hujan dah mula turun kat Negeri Johor ni...... sampai ke pagi ni hujan yang turun boleh dikatakan agak lebat........ bila hujan lebat ni nak bangun pagi pun malas...... mase ni lah boleh terpikir.....kalau kawin dengan org kaye kan bagus tak yah kerje...wakakaka....... pastu nak mandi pun satu azab kalau musim hujan ni......air punyer lah sejuk mcm mandi air batu dah.... mase ni plak terpikir nak aplikasikan teknik mandi si bujang lapok....kekekekekke......

Walau pelbagai halangan yang ditempoh....... keluar rumah ontime juga......tapi bile sampai opis belum bukak plak...... hurmmm sesia jek bangun cepat....... Hari ni semua aktiviti agak perlahan dan suram sepertimana cuace ( cuace yang bersalah dalam hal ni okkk...) Tapi tetiba jek mata segar..... sebab kene sergah dengan bos yang sibuk tanyer schedule pekerje lain...... nasib baik lah banyak menguping....so semua aktiviti staff telah diupdate dengan jayanyer gitew.....

~ Hawa.... ~

Nak share petikan yang menyedarkan saye untuk tidak hanyut dalam perasaan kecewa dalam percintaan seminggu dua ni......


HAWA ,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…

HAWA,
andai engkau belum berkahwin, janganlah dikau risau jodohmu,
ingatlah janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…

HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
Lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
Tetapi,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
Lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

** Semoga artikel mcm ni boleh mengubat dan memperbaiki hati saya...Insyaallah **

I'm New

This is my first time create blog.... banyak yang perlu dipelajari daripada blogger2 otai... so kat blog ni i will share all about my life story.... sama ade yang sedih, gembira, pelik dan apa-apa sahaje lah.... blog ni juga adalah pandangan peribadi saya terhadap sesuatu isu, takde kene mengena dengan org2 lain.....so kalau ade sesiape yang terase ataupun kurang senang dengan entry yang ditulis.... saya tak bertanggung jawab....... =)