Thursday, 22 December 2011

~ Kerana Aku Wanita ~

Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
 
Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku 
 
Kerana aku wanita 
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
 
Kerana aku wanita 
Emosiku selalu mengatasi logik akalku 
 
Kerana aku wanita 
Air mata teman setiaku 
 
Kerana aku wanita 
Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
 
DAN..
 
Kerana aku wanita 
Aku damba pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu denganku 
Jangan bermain kata denganku
Takut kata-katamu akan merosak hatiku 
 
Kerana aku wanita 
Akhlakmu ukuran dimataku 
Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku 
takut rosak thiqohmu 
 
Kerana aku wanita 
Maka peliharalah susunan kata-katamu 
Kerana aku mudah terasa 
Namun aku bukan lemah 
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
 
Kerana aku wanita 
Peliharalah dirimu dari mencemuhku
Saat titisan jernih mengalir dari mataku 
Kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku 
Supaya hatiku kembali tenang
Kerana aku wanita 
Aku memang sangat peka 
Maka fahamilah ketelitianku ada sebabnya 
 
WAHAI ADAM,
 
Kalau dikau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', 
Hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami. 
 
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, 
Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami 
 
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, 
Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

No comments:

Post a Comment