Duhai kekasih hatiku…
Jika pun benar masih ada harap yang terselit dalam hati untuk dapat menjadi pendampingmu, Tidak akan aku pernah untuk menghinakan diriku ini untuk mengemis perhatian dan memohon agar dikau mencintaiku.Kerana apa yang indah di mataku belum tentu yang terindah pada pandangan mu Ya Robb.
Jikapun benar masih ada lagi cebisan-cebisan hasrat didalam jiwaku ini, biarkan lah aku simpan dengan kemas didalam dada sambil berdoa semoga Dikau adalah pilihan Allah sebagai imam untuk membimbingku kelak.
Duhai Cinta Hatiku…
Duhai Cinta Hatiku…
Aku adalah muslimah pemalu,
Takkan dapat mata ini memandangmu, kerana syaitan pasti telah bersiap sedia melepaskan panahannya di antara pandangan mata kita,
Aku adalah muslimah pemalu,
Tak akan bisa aku berkata “aku mencintaimu,” kerana engkau belum halal untukku.
Takkan sanggup aku mengenggam erat jemarimu, kerana syaitan pasti dengan mudahnya akan melusuri sela jari jemari kita lalu mengalirkan ke dalam hati serta menyediakan perangkap sehingga neraka tampak seperti syurga.
Takkan sanggup aku mengenggam erat jemarimu, kerana syaitan pasti dengan mudahnya akan melusuri sela jari jemari kita lalu mengalirkan ke dalam hati serta menyediakan perangkap sehingga neraka tampak seperti syurga.
Duhai Bakal Pendampingku…
Bila engkau menginginkan daku, katakanlah pada orang tuaku.
Bila engkau mencintai daku, jagalah daku dengan imanmu.
Bila engkau menginginkan daku untuk selalu ada disampingmu, halalkan daku untuk bersamamu.
Bila menurutmu dakulah wanita yang layak untuk menjadi pendamping hidupmu, ikatlah aku dengan talian suci pernikahan yang telah Allah persiapkan untuk kita.
Agar cinta ini sentiasa dapat aku persembahkan untukmu dan hanya untukmu kekasih halalku..