Monday, 23 January 2012

~ Doaku Untuk Seorang Lelaki ~

YA RAB...

Aku berdoa untuk seorang lelaki,yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku, 
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas, 
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku, 
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat dosa, 
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku, 
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku pada setiap waktu dan situasi, 
Seorang lelaki yang dapat membuatku terasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.. 
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya, 
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya 
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.. 

Dan aku memohon ya ALLAH..Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu,sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,bukan mencintainya dengan sekadar cintaku..Aamiin

1 comment: