Sunday, 22 January 2012

~HARAPAN TULUS KU ATUR UNTUKMU WAHAI KEKASIH HATIKU~



Rangkul daku dalam kasihmu saat aku berada dalam kelemahanku,
Jadikanlah dirimu penyejuk hatiku dengan senyuman dan perhatianmu ketika amarah merajai hidupku
Bimbinglah daku dengan kasih lembutmu, agar dunia ini selalu indah bersamamu.

Wahai Kekasih Hatiku,
Aku adalah tulang rusukmu yang bengkok,
Akan tetap bengkok jika dikau biarkan itu,
Akan patah jika dikau paksa luruskan aku.
Hanya kasih lembutmu yang mampu luruskanku kerana dikau adalah nakhoda bagiku.

Harapan tulus kuatur untukmu,
Semoga dikau mampu berikan semua itu,
Menjadikanku insan bahagia dengan kasihmu.
Membuatku dekat pada Illahi ROBBIku,
Selalu merindukan kehadiranmu untuk beribadah bersama dalam naungan kasih sayangmu,
Menciptakan Istana Tahajud dalam setiap sujud panjang bersamamu,
Menggapai keredhaan dan Syurga Illahi ROBBIku.

Wahai Cinta Hatiku,
DiKau adalah yg terindah bagiku,
Segala ucapanmu adalah sebuah titian bagiku,
Selama itu, baik dalam syari'atku dengan ikhlas daku akan jalani dan menjunjung tinggi perintahmu.

Bersama mengharungi bahtera kehidupan baru,
Mencitpta keluarga yang Sakinah, Mawardah Warrohmah dan Barokah.
Menjadi Madrasah yg indah bagi buah hati kita,
Membentuk Mujahidin dan Mujahidah dimana ditangannya terdapat semangat Jihad menegakkan panji-panji Islam.
Berjuang dengan hati dan jiwa sebagai Syuhada dengan balutan kasih sayang yang terindah.
Dengan Kekurangan yang ada padaku, dikau hadir sebagai Penyempurnaku…….

** Wahai penyempurna hidupku…..akan daku sabar menunggu kehadiran mu…**

No comments:

Post a Comment